Dalam kesibukan menikmati alam organisasi ini memang tidak dapat dielakkan dari masalah @ kekangan masa untuk belajar @ kadang2 nak baca soalan assigment pun tak sempat apatah lagi menjawabnya. tapi ini tak bermakna kita gagal (orang yang gagal adalah orang yang gagal dalam merancang masanya)..
Pepatah arab ada menyebut masa umpama pedang, kalau kita tak belah ia maka ia akan membelah kita. Benar, ini bermaksud pentingnya masa sebagaimana yang ditekankan oleh Allah dalam surah Al-'Asr ayat 1-3.
[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Dalam organisasi, kita ni hebat dalam merancang projek or timeline sesuatu program tetapi mengapa kita tak terfikir dan menggunakan method yang sama dalam akademik. Ada 4 kategori manusia yang saya ingin kongsi. anda renungkanlah anda berada digolongan mana
1. Dia tahu apa yang dia tahu
2. Dia tahu apa yang dia tidak tahu
3. Dia tak tahu apa yang dia tahu
4. Dia tak tahu apa yang dia tak tahu
Mestilah kategori yang pertama dan kedua adalah yang terbaik iaitu "dia tahu apa yang dia tahu" dan "dia tahu apa yang dia tak tahu". jangan pilih kategori yang ketiga dan keempat..
Untuk duduk di kategori pertama dan kedua tak susah cuma perlukan sedikit masa. Apakata sahabat2 sekalin duduk ambil masa sekurangnya 15minit untuk muhasabah balik akademik, setakat mana yang dipelajari, apa yang tertinggal, listkan kuiz@test@ asemen yang terdekat, untuk apa kita belajar. sekurang-kurangnya buat dalam 3hari wat skali, habih malas pun seminggu kena ada gak skali, ambil masa pagi seelok-eloknya kerana masa tu takda gangguan, betul, semua gangguan takda kecuali nafsu tidur je la.
Lepas tahu kelemahan dan kekurangan diri baru la kita boleh bertindak awal, sambil berorganisasi kita juga ready dan dah ada timeline apa yang nak kita buat lepas ni, adakah kita nak terus leka dengan kekosongan masa dengan hiburan ataupun menggunakan masa yang terluang untuk cover balik semua pelajaran yang tertinggal.
InsyaAllah kalau kita ada pengurusan yang baik barulah kita ini tidak tergolong dalam orang2 yang rugi..
Disamping itu jua, pertolongan Allah menjadi salah satu faktor kejayaan, yakinlah dengan pertolonganNya, tapi kena berUSAHA dulu baru TAWAKAL(jangan cepat berpuas hati dengan usaha kita)..
"Jika bukan sekarang bila lagi??"
"jika bukan aku siapa lagi??"
"Kejayaan yang luar biasa lahir dari USAHA yang luar biasa"
Berjayalah wahai orang beriman....

Jangan biarkan diri anda diselubungi masalah.. sebelum tu lupa nak ucap.selamat berpuasa =)..
jadikanlah ramadhan ini sebagai satu medan untuk mencari balik kekuatan yang telah lama menghilang
0 comments:
Post a Comment