"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (As-Saff 61:10)"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (As-Saff 61:11)

Sharing Knowledge

Tuesday, May 11, 2010

hanya kerana ikan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, menciptakan haiwan dan tumbuhan dan menciptakan lautan dan daratan. Subhanallah, Allahuakbar..
Hari ni citapemuda ingin membentangkan sedikit tentang kehidupan dalam air, citapemuda akan mengambil ikan sebagai permulaan...

Siapa tahu ikan yang selalu kita duk makan, tanpa berfikir banyak dan kadang2 makan tak perasan kawan sebelah,huhu. nak menunjukkan kita ni kurang berfikir tentang kehebatan Allah didalam laut. gambar ikan dibawah menunjukkan spesis yang biasa ditemui(bukan nak cerita bab spesies ni). jika diperhatikan di tengah badan ikan terdapat 'lateral line'( Fig. 1) dan didalam 'lateral line' ini pula terdapat 'neuromast organ'(Fig. 2) seperti yang ditunjukkan gambar dibawah.Fungsi 'lateral line' atau dalam bahasa melayu kita panggil garis sisi adalah berfungsi untuk mengesan pergerakan arus di dalam air, kebanyakan ikan bergantung kepada deria ini untuk menentukan pergolakan air dan tahap keselamatan pada masa2 dan tempat2 yang tertentu. Pada masa sekarang, banyak penyelidik sedang mengkaji kehebatan deria ini dan membuat kajian pada binatang2 biologi yang lain seperti obor2, jerung dan hidupan air yang lain. ini bertujuan untuk membantu manusia hidup menggunakan alat deria dalam kehidupan seharian. Luasnya ciptaan Allah walaupun hanya 'garis sisi' tetapi ia cukup untuk membuktikan Allah itu Maha kuasa.

Sama2 kita renung kejadian Allah ini, mudah2an kita tergolong dari hmba2 yang bersyukur dan berfikir...

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan pertukaran malam dan siang; dan kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit Dengan bumi; Sesungguhnya ada tanda-tanda bagi kaum yang menggunakan akal fikiran." AlQuran - Surah Al-Baqarah : 164

0 comments:

Post a Comment